Sunday, December 18, 2011
kebangsatan
aku yang kena faham orang atau orang tak mahu faham aku atau aku yang tidak di fahami atau aku yang tak faham diri sendiri?.. ah itu mustahil.. esh! tak faham aku
*perasaan seperti bangsat*
p/s: situasinya hari ini aku keluar untuk membantu seorang kawan yang bakal mendirikan rumah tangga yang juga seorang kawan yang pernah merawat aku ketika aku cedera dan tidak lansung dipedulikan orang yang aku panggil emak. dipesan untuk mencari sebijik betik separuh masak untuk dimasak gulai dan aku tidak membawa balik apa yang dipesan. natijahnya aku dikata melupakan keluarga, dan hanya mencari manusia yang aku panggil mama sewaktu poketnya tebal. entah! setahu aku,aku adalah maklok babi seperti yang disebutnya yang gigih mencari duit meminjam kawan sana-sini menebalkan muka untuk menyelesaikan masalahnya kerana suka membuat keputusan terburu-buru. mangsanya adalah aku yang sering dibebani masalah duit. duit.duit. duit sejak dari aku kecil lagi. aku juga dikatanya bakal membuang keluarga apabila aku mempunyai sejumlah wang hasil dari pekerjaan aku nanti. handal sungguh peramal masa hadapan ini. apa pun kejadian hari ini cuma hanya buah betik. (ini bukan kejadian yang pertama entah ke ratus berapa kali dan bakal berlanjutan entah sampai aku mati mungkin)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment