apa yang mengerikan adalah perbelanjaan perkahwinannya itu. wah ada yang kata tidak mengapa jika orang itu berkemampuan untuk berbelanja demikian. fuh! gila ke hape. mengikut kiraan kasar aku, bayaran untuk set pelamin, baju dan bla.bla.bla segala bagai sudah rm3,000 sewa khemah rm 2,000 +- itu belum masuk perbelanjaan bahagian makanan. set bilik tidur seolah-olah menjadi kewajipan. ya aku nampak akan fungsi set bilik tidur itu.. kekeke..
dari pemerhatian aku, banyak perkara yang boleh di kurangkan dengan mengikut perkahwinan yang digariskan oleh agama ISLAM. perkahwinan sekarang ini hanya mengikut tipikal melayu yang berubah mengikut peredaran zaman. wang yang dibelanjakan banyak yang bakal masuk ke tong sampah. rm 3,000 untuk pelamin dsbnya tuh amatlah tidak munasabah. tidak dinafikan dari segi seninya aku akui memang cantik atau lawa. tapi aku tak nampak fungsinya jika kau cuma bakal jadi puppets atas pelamin dan orang datang serbu kau untuk tangkap gambar. the most hilarios things kau bakal jadi unta bonggol alien dalam gambar itu nanti. satu benda lagi, kenapa setiap kali aku attend majlis kahwin mesti nak ada bunga sana sini. kenapa tak letak tenuk ke tapir je?
majlis perkahwinan juga boleh menjadi suatu perkara yang mengerikan apabila ramai yang akan buthurt bila kau tak jemput. inikan kalau setakat jemput kat pesbuk. talk to the hand la kan. tak kelas kau jah. selagi kau tak sembah sekor-sekor kawan kau ngantor kad selagi tu kata lupa kawan sebab tak hantar kad kahwin kau. perkara ini bakal bertambah lagi teruk jika kau tidak menjemput sanak saudara kau dengan betul mengikut tatacara undang-undang manusia. boleh jadi ada yang mengishtihar putus saudara. celah hala mana dapat mandat pon aku tak tahu.
perlukah kita membuat majlis perkahwinan ini cuma hanya ingin memuaskan hati manusia yang tidak akan pernah puas?. mak aku antara orang yang tidak terkecuali dalam golongan tipikal ini. sangat leceh. mahukan hantaran rm 15,000 seorang anak. nak mampos? lelaki mana yang nak tadah duit banyak tu nak kahwin dengan aku?.
kenapalah tidak sahaja dipermudahkan jalan jika benar jodoh itu sudah sampai. dengan wang sebanyak itu menjamin aku bahagia bersama suami ke syurgakah?. apa yang aku mahu cuma keberkatan sebuah perkahwinan dan keluarga. hidup dalam kesederhaan tetapi mewah kasih sayang. kalau dah permulaan yang menjadi titik tolak sejumlah wang, hancor lebor la harapan aku.
ego orang tua ni lagi hebat sebenarnya. faktor untuk tambah mark untuk masuk neraka jadi anak derhaka melawan mak bapak. mana boleh tahan kalau dia je nak betul. padahal apa yang aku belajar perkara yang mereka lakukan adalah salah. dah memang mak aku cop kat dahi aku, aku ni anak derhaka kuat melawan. hell no! aku tidak mahu mengulang kesilapan sama sampai ke anak cucu aku pon. cukuplah sampai generasi aku je kesilapan tu. kalau bukan bermula dari aku untuk mengubah siapa lagi.
aku kesiankan kakak aku dan pasangannya abang dol. mereka sudah mengeluarkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga memandangkan abang dol sekarang sudah mempunyai pekerjaan yang stabil. dia pun katanya nak pakai kereta dah. alhamdulillah rezeki. tak lama lagi kak yong pon nak keje dah. moga makin murah rezeki mereka berdua. itulah masalahnya bila berdepan dengan mak aku. mentah-mentah ditolaknya dek kerana rm15,000 tu. sedang budjet abang dol tu cuma 6 ke 7 ribu je.
apalah yang dipandang dengan duit tu. katanya dengan bongkak, kalau benar abang dol mahu memperisterikan kak yong mesti diusahakan duit itu. tidakkah mak aku ni berfikir dari pelbagai sudut impak dari keegoannya terhadap duit tu. orang tu baru nak pegang duit. baru nak stabil aku rasa agak tindakan yang berani mahu menikah. lain dari lelaki yang nak enjoy tak habis-habis baru nak menikah. lagi lama dibiar macam tu lagi banyaklah saitan membiak menghasut suruh buat maksiat. memang win lah kau saitan.
salah satu faktor terkuat mesti pasal sepupu aku yang sebaya kakak aku dapat wang hantaran rm8,000 cuma berkelulusan sijil politeknik. maaf bukan tujuan aku state pencapaian untuk merendahkan. cuma mahu memperlihatkan perangai jelik bila menjurus soal wang. bolehlah mak aku bangga mencanang anak dia hantaran tinggi lepas tu bercerai-berai bergaduh laki bini sebab berhutang. gitu ke yang mak aku nak?. tak pon dia suka melihat anak-anak dia terbeban masalah hutang menimbun-nimbun kerana mahukan majlis perkahwianan gilang-gemilang dengan pancaran neraka menunggu kerana banyak dosa bakal terjadi untuk melaksana majlis ikut tekak orang.
takutkan jika buat majlis mengikut ISLAM bakal menjadi umpatan orang?. sebab jika mengikut ISLAM majlis perkahwinan dan segala benda tok nenek yang bersangkut paut dengan perkahwinan seharusnya dibuat dan dijalankan dengan kesederhanaan dan MENGIKUT KEMAMPUAN. sejak bila pulak kita ni hidup berpandukan mulut longkang orang? kenapa nak meletakkan nasib dekat tangan manusia. apa hebat sangat mulut-mulut longkang itu sampai kita nak sembah buthurt ni semua nak ikut dan puaskan hati mereka.
siries aku tak paham! dari aku duduk memaki hamun ada lebih baik memikirkan jalan penyelesaian masalah. tak gitu?


2 comments:
gitu..
hohoh
Post a Comment