empunya blog

My photo
johor bahru, johor
aku..saya..itu la aku..itu la saya

Monday, November 28, 2011

bingung sejurus menjadi bengong


aku memang tidak pernah melupakan walau aku sendiri berkali-kali mencuba untuk ke tahap itu. memang besar kesan kau beri kepada aku. tetapi kenapa bila aku sudah benar-benar bersedia melepaskan, kau tiba-tiba datang dan tarik semula tangan aku? dan kenyataan kau.. buat aku berfikir panjang.. apakah?? adakah tujuan kau datang hanya untuk menunjukkan betapa hebatnya hidup kau tanpa aku? atau kau memang benar merasa perkara sama seperti aku? dan aku.. adakah aku akan terus berteka-teki dengan diri sendiri sampai tiada kesudahannya. antara kita sudah punya sejarahnya begitu juga sejarah ciptaan kau dan juga aku. cuma lembaran bagi bahagian aku selepas kau sudah aku lenyapkan kerana bab itu tidak perlu untuk aku terus menyimpan. baru sebentar tadi aku mengimbas kembali perkara yang pernah mendatangkan kemarahan aku meletus siapa lagi kalau bukan sejarah bagi bahagian engkau. ada suatu yang kau belum tinggalkan dan masih berada di dalam pegangan kau bersangkutan dengan bab engkau. dan buat aku terfikir, apakah perkara yang kau lakukan kepada aku akan juga kau lakukan sama kepada sejarah kau itu?..

aku perlukan konklusi. aku mahu mengambil keputusan untuk berada terus dalam mode meninggalkan supaya aku boleh terus bernafas lagi. cukup satu hari aku terlantar akibat dari keterlanjuran kau tempoh hari. mungkin bagi kau tiada yang boleh dikelaskan sebagai makna tapi bagi aku semua adalah makna. tidak guna untuk aku berkata jangan kepada engkau kerana kau akan tetap menerjah bila sahaja mengikut kemahuan kau. adalah lebih baik bagi aku untuk menghindar daripada aku mendapat sakit lagi. masa yang lepas aku ambil selama setahun untuk pulih. tapi kali ini.. entahlah..mungkin masa itu bakal menjadi lebih singkat kerana ini bukan yang pertama kali aku jatuh tersungkur berpuncakan engkau. tapi tetap untuk aku berada di dalam mode itu !

No comments: