empunya blog

My photo
johor bahru, johor
aku..saya..itu la aku..itu la saya

Friday, July 29, 2011

jejak petualang..

'sudah jauh aku berjalan, dari gunung ke gunung, dari lembah ke lembah'
-
3 TUN: Dalam Bicara Puteri Gunung Ledang-

dalam bulan 7 yang penuh bermakna bagi aku ini, dah banyak tempat aku pergi dan lewati. pertama-tama trip ke Sabah yang super OHsem! kemudian mengesot ke penang patah balik ke perakdan terus ke johor. sejurus pulang dari johor pergi pula ke terengganu lawatan Unit Pendidikan Seni Visual bagi tujuan mengenal dan menghayati kraf-kraf yang terdapat di Malaysia.

dalam bulan ini juga banyak pancaroba kehidupan yang aku tempuh. banyak juga perkara pertama kali dalam hidup aku. pertama kali menjejakkan kaki ke sabah, pertama kali menaiki kapal terbang, dan pertama kali juga aku menjejakkan kaki di terengganu.tinggal lagi sarawak dan labuan.

banyak juga yang aku peroleh. sudah tentu pengajaran di sebalik semua yang berlaku. redha akan ketentuannya. dan ini kata-kata dari pensyarah aku

'jangan meletakkan nasib pada manusia'


ya! kerana Dia lebih berkuasa. dari gembira yang tersangat gembira Dia berikan aku sedih yang tersangat sedih. syukur atas rezeki mu ya Allah..

yang pasti lagi jauh aku menapak,lagi jauh jalan yang bakal aku lalui dan sudah tentu pasti akan ada onak ranjau yang aku harus harung untuk hidup. kuat! ya aku harus kuat. tapi kerap juga aku berasa tidah betah. hanya kerana sakit....

No comments: