saat aku sakit,
aku mengadu..
tapi aku cuma hanya disuruh pergi mencari si lelaki yang tidak mahukan aku..
saat aku jatuh,
aku memerlukan ubat..
tetapi aku hanya di makidan dihamun kerana cuai...
apabila aku dibelasah waima di pukul teruk sehingga membawa kesan sampai ke hari ini,
aku cuma di biarkan,
cuma di usap kepala aku sedetik dan di biarnya aku disitu..
saat aku memerluka pembelaan,
aku hanya mendapat sebaris kata; aku tak campur itu urusan korang
aku dipukul di kepala dengan kayu besbol..
walaupun tidak berdarah tetapi kesannya sampai ke hari ini,
aku kerap diserang sakit kepala ditempat yang sama aku di pukul..
tepat di tengah sebelah atas kepala..
jika ditekan-tekan masih terasa akan sakitnya..
tapi aku tidak mendapat pembelaan..
aku pernah dihunus dengan kapak, ditarik rambut dan ditendang
bertalu-talu sehingga senak perut
tapi bila aku mengadu dalam kesakitan..
alasan yang sama juga aku dapat..
saat kaki aku sakit di denda guru matematik,
kaki aku bengkak selama beberapa minggu..
di makinya aku kerana aku tidak berdaya berjalan
hanya kerana dia suruh aku membeli asap yang bakal mematikan aku juga..
pernah aku demam,
sedang berehat diruang peribadi aku,
di hamunnya aku kerana tidak mengemas rumah..
di suruh aku bangun pergi menyapu dan
di baling segala periuk belanga yang ada di dalam singki
tetapi lain pula jika dia yang sakit..
aku di layan seperti babu.
masak itu dan ini
disuruh itu dan ini
pernah aku di hamun kerana kecederaan dia
dan dia sungguh panik akan buah hatinya itu berdarah membasahi tuala..
pada suatu saat yang lain pula,
tangan aku terbelah ketika membasuh pinggan kesayangannya,
pinggan cantik itu tiba-tiba pecah dua dan makan ibu jari aku
bergelimpangan darah di dalam singki,
menitik juga darah darah aku bersepah-sepah dilantai
dia hanya datang dan memaki aku anak babi
kerana memecahkan pinggannya
dengan darah yang tidak berhenti keluar aku menekan jari aku hampir setengah jam
hingga aku tertidur bersama air mata
tidak lansung dia melihat akan luka aku keesokan harinya
mujur aku seorang ahli st.john
sampai disekolah aku memanggil seorang kawan baik bernama lela
dialah yang membasuh luka yang menampakkan isi aku itu..
lalu di rawatnya jari aku yang luka agak parah itu..
saat aku cemerlang pada keputusan SPM
dia tidak mengaku aku darahnya..
tidak lansung aku dihiraukan
makankah? sihatkah?
dihalaunya aku dari rumah
benci yang amat dia melihat muka aku
terkial-kial aku keluar mencari si sahabat
dia membawa aku keluar dari situasi tegang itu sebentar
buat aku ketawa
entah berapa kali aku tidur bermandikan air mata
tidur bermandikan darah
bermimpikan neraka
sampai suatu saat datang pula seorang lagi sahabat..
memotivasikan aku..
dia melakukan ini hanya untuk membuat aku kuat..
ya aku makan kata-kata itu..
kembali membuat hubungan baik
kerana cinta aku
apa yang lebih parah dari senarai diatas
apabila aku sedar bahawa aku adalah takdirnya
bukan hatinya
aku hampir lupa kesemua perkara ini..
aku kuburkan dengan nisan pahit
tetapi bila dia meluahkan kekecewaannya terhadap buah hatinya tempoh hari,
seolah-olah aku ini tiada makna lansung!
sedikit pun tidak memasuki ruang cintanya
seolah-olah hidupnya hanya untuk buah hatinya yang satu itu
siapakah aku?
adakah aku cuma kesilapan atas keberadaan aku di muka bumi ini?
aku sudah lama mengerti bahawa aku tiada tempat dihati lelaki itu..
tetapi bila aku sedar yang aku sebenarnya berstatus seperti itu...
hati aku bagai ditikam dengan sengat pari
pedih..
aku tidak terkawal
menagis semahunya
sedih yang teramat...
saat aku bersujud dengan linagan air mata seperti sungai
aku cuma boleh berdoa semoga Allah menguatkan hati aku
tapi aku sedar aku tidak keseorangan ketika itu
datang seorang sahabat memeluk aku dan mengucapkan kata sayangnya
begitu juga yang lain memujuk aku dengan kata-kata semangat
walaupun mereka tidak tahu hujung pangkal cerita
kata-kata dari teman sekamar
memotivasikan aku ketika itu
bergitu juga sang teman yang tenang
menenangkan aku
walaupun aku tidak dihargai bagi pihak yang aku dambakan
tanpa aku sedar,
aku bukan keseorangan..
mereka ada..

2 comments:
Ko da hmpr dpt pe yg nk...n jgn hiraukan kate2 org yg mnghina ko...
Nnti. Ko juga akn buat orng2 tu senyum...
entah.. kerap sakit yang aku dapat..
Post a Comment