empunya blog

My photo
johor bahru, johor
aku..saya..itu la aku..itu la saya

Friday, July 29, 2011

sabah yang ohsemmm..!!

segala tiket yang terkumpul


setelah dirancang hampir 9 bulan seperti bayi yang didalam perut ibunya. maka hari yang ditunggu telah pun tiba. tarikh bersejarah yang bakal di masukkan kedalam buku sejarah ketamadunan manusia hidup aku telah tercipta. wehuu! fly to SABAH!! ok this is my first flight time. the kolot things ever is.. aku MABUK GILA KOT NAIK FLIGHT! dem.. tepat jam 9 aku selamat mendarat di airport kota kinabalu dari LCCT 2jam setengah perjalan diatas awan nano.



tempat pertama yang dituju adalah Pasar Filipina. pasar yang menjual banyak barangan perhiasan wanita. dari mutiara, manik, dan kristal yang dibuat gelang, keronsang, rantai, cincin dan blablabla.. pasar ni sungguh ohsem! barangan yang dijual amatlah murahnya. budak-budak kelas yang lain serta en.hairi bapakku juga memborong untuk bawak jual dekat semenanjung. semasa singgah di pasar ni aku tak beli apa-apa lagi. cuma mahu intai dan survey range harga dan barangan apa yang ada di situ.

nah kau! berkilau-kilau, berpinau-pinau mato den 

berbagai-bagai hadoo.. pilihla kot berkenan kat hati..

selesai berjalan  di pasar Filipin, tiba masa untuk chek-in. tempat penginapan kami bukanlah hotel 5star ye anak-anak. kami menginap di Kompleks Sukan Likas, kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar KK. chek-in jam 12+-. mabuk still tak hilang. oh again! dem! sampai hostel aku terus mandi, solat dan membuta tak fikir apa dah. sebelum membuta tuang minyak kapak(*beli atas flight rm4) banyak-banyak dekat kepala.

then kesokan pagi, tak sampai 3 jam aku membuta dah masuk subuh dah. jam5.30 matahari sudah mula menampakkan sinar. haiyoo..potong stim aku nak membuta lagi. selaku leader meka-meka ini aku gego diorang siap jam 6.30pagi. turun dan mencekik. cikgu sabri yang sepatutnya guide kitorang terpaksa menghadirkan diri ke kelas OUMnya pagi sabtu itu. diganti dengan seorang Uncle yang juga ohsem! orang perak juge ate same le dengan teman.. Uncle bilang dia sudah lama menetap di situ. aku juga seperti dia sudah jatuh cinta bah ma sabah..


selimut awan di puncak Gunung Kinabalu

perjalan hari itu adalah menuju kaki gunung kinabalu. naik ke tuaran-->kota belud--> turun semula ke ranau. encik hairi cakap kalau ada rezeki kita hari ni dapatlah kita tengok puncak Gunung Kinabalu. semasa dalam perjalan yang sangatlah ohhhseemmm nya tuh, udara yang sepak-sepak pipi aku sangatlah nyaman+dingin berkali ganda ohsem dari udara nak naik cemeron dan genting. sampai ke kota belud memang rezeki kami Gunung Kinabalu dah bangun dia dah tidak berselimut! and again subahanallah! indah sungguh alam ciptaan ilahi.


lihat kilauan batu di puncak itu.. indah sungguh!
antara mahlok yang menjayakan acara


terkesima aku melihat kilauan batu yang pada awalnya disangka air terjun di puncak Gunung Kinabalu. perjalanan diteruskan ke Taman Kinabalu, starting point mendaki ke puncak. kami singgah di muzium dan bergambar di starting point tu sahaja. pada masa inilah perasaan aku sudah mula menggelodak memasang cita-cita untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. terus hati jatuh cinta yang amat dan mahu posting ke sabah.hehe.

taman kinabalu
mencapup kejap*abaikan spare tyre michelin aku tuh
bersama rumate

mereka yang suka menyentil pada setiap kamera

starting point untuk ke puncak. akan aku tawan juga suatu hari nanti.. 




perjalanan diteruskan ke PineResort. banyak gila bunga-bunga cinta yang ohsem dekat resort ni. ada bunga lily dan lain-lain bunga aku tak tau nama aku panggil bunga kekwa tah betul tah tidak. pemandangan di Pine Resort memang dah macam di obersi. dari sini sudah boleh nampak perkampungan di lembah Gunung Kinabalu. siries OHHSEMMMM!!


view dihadapan Pine Resort


seperti karpet.. cantik bukan?


meroyan



inilah bunganya. ditanam di sekitar Resort dan berwarna warni serta berbagai-bagai jenis yang lain.

seperti yang dirancang kami pergi pula ke kawasan air panas. singgah cuma untuk bergambar. masa tidak mengizinkan untuk menikmati kehangatan air disitu. di tempat ini juga ada taman kupu-kupu, waterfall(*katanya tidak dibenarkan mandi dan minum mungkin kerana kandungan sulfur) . singgah tidak sampai berapa detik dan perjalanan diteruskan lagi dengan perut yang sudah mula berkeroncong.. yeah.

sumber utama air panas dari perut bumi. dan ditapis kekolam-kolam untuk orang awam

Add caption

lihat ke hijauan air dan batu-batuan yang tiada lumut. kagum!

singgah makan di ranau nasi ayam yang rasanya pelik amat. tapi aku sebat 2 pinggan sebab ain tak habis.. makan di ranau boleh tahan juga regenya. macam lipis. lipis pun murah sikit. perjalan diteruskan lagi ke ladang teh sabah. di sinilah bermulanya aktiviti memborong aku. rm telah melayang sebanyak 50. memborong teh dan membeli sedikit souvinier. borong teh sabah macam kat giant belakang rumah tak ada jual. the best part is en. hairi belanja minum teh disitu. seronok! tapi suasana petang itu panas, jadi tak rasalah sangat nikmat teh tu.

flare yang ohsemm!!

tempat singgah ngombeh-ngombeh.. hehe

tu haa teh aku borong.. macam kat giant tak de..


and then seperti yang kami rancang nak pergi ke tempat ikan yang makan cagu tuh. tak ingat pula nama tempatnya. elok kami sampai kaunter dah pun tutup. aduhai. ndak papa. ndak ada rezeki toh. matahari pun dah start nak berganti shif dengan bulan. so kami pun terus turun semula ke kota belud-->tuaran.

ok part ni pemandangan paling siries amasing ohsem..! sunset bersama Gunung Kinabalu. mula-mula Gunung pakai selimut. semasa kami di kota belud sedikit-sedikit selimut awan di tarik. seperti datang di sambut pulang dia hantar. bagai nak menitik air mata melihat keindahan alam ciptaan-Nya. subahanallah..

..feeling romantis dan tenang sekali..

menghantar kami pulang

saujana mata memandang.. tenang sekali


pada malam itu pula, selapas turun dari kaki gunung kinabalu kami terus ke rumah Cikgu Sabri en. hairi belanja makan udang. lepas mencekik dan mentekedarah dengan sangat lahapnya, kami sekali lagi singgah di pasar yang dinamakan Pasar Air. barang-barang di Pasar ini harga sederhana nak banding dengan pasar Filipin yang lebih murah. di sini lah bermulanya kerja-kerja aku mencari buah tangan untuk keluarga.

keesokan harinya kami  hanya berjalan disekitar Kota Kinabalu sahaja. Cikgu Sabri bawa kami ke bukit tinggi namanya aku pun lupa sudah. dari bukit ini hampir seluruh Kota Kinabalu dapat di lihat. ok persisiran laut depan pasar tu sangat ohhsemm! biru laut tu macam panggil-panggil je suruh terjun.. pakkal laut tu dalam je.. kalau tidak.. huh! and then hantar en.hairi ke airport flight beliau awal dari kami semua.. jam 9.30 tak silap aku. selepas daripada itu Cikgu Sabri the Ohsem Cikgu besar eva bawa kami ke musium sabah. nothing special cuma aku tertarik dengan galeri seni di situ.. banyak dipamerkan painting pelbagai aliran. yang paling menarik hati painting aliran seni naif.. mak suka nok.

pemandangan dari bukit tinggi yang boleh menampakkan Kota Kinabalu

pasar Gaia *mahal* tapi meriah.. ada jual doggie, rabbit dan kucing-kucing kurus.

lepas spent masa lebih kurang satu jam setengah di musium, kami berangkat pula ke pasar filipin sekali lagi. dekat sini kami berpecah ada yang nak tambah buah tangan, ada yang nak jalan-jalan. aku pula pergi cari ikan terubuk dengan kuih cincin along kirim. ikan turubuk masin dengan sotong kering rege 25 hengget. boleh la.. jalan depan sikit ada abang tu ofer aku ikan bilis yang dah siap kupas tu. teringat ayah suka makan ikan bilis tu.. aku pun sauk je le. 15hengget je sekilo.. macam boleh sangat dah la tu. oh ya terlupa lagi satu pasar yang kami pergi iaitu Pasar Gaia. Pasar Gaia ini dimonopoli oleh peniaga berbangsa Cina. jadi kalau nak menawar tu memang susah la. di pasar ini aku beli handbag kraf untuk mama dan tshirt bergambar orang utan untuk budak-budak kelas yang lain. jika nak bandingkan ketiga-tiga pasar yang kami pergi ni, pasar filipin aku letak ranking paling atas yang ohsem. sebab boleh tawar harga yang jauh lebih murah. Pasar Gaia, not really recomended. harga mahal+peniaga yang agak sombong.

semasa di pasar filipin lagi kepala aku dah berpinar-pinar; nasib baik waktu dah menghampiri zohor. balik ke hostel bersiap dan nak check-out. dapat la aku letak kepala sekejap. dalam jam 3.30 petang kami check-out dan bersedia untuk menghumban lagi 3 orang naik flight. qatrun, sri dengan zati. flight meka-meka ni jam 5.30 petang. selepas humban meka-meka ni di airport, kami yang flight jam 8 malam ni meneruskan aktiviti melihat tempat orang dan pergi ke pasar sekali lagi untuk membeli udang galah diy. kami pun ada beli udang biasa dengan pelam untuk dikendurikan bersama rakan-rakan kelas yang tak pergi sama.

masa tu aku dah mabuk gaban dah! dorang merayap aku cuma stay dalam van je. tak sedarkan diri. katanya dorang ada singgah pantai lepas pergi ke pasar tu. aku cuma sedar bila sudah sampai ke taman air menari tu je. tapi tak dak jeki, show air menari start jam 7 lebih kurang.. kami terpaksa check-in sejam awal dari waktu flight berlepas.

tibalah masa untuk meninggalkan sabah negeri ohhsemm! Cikgu Sabri tinggalkan kami di airport dan dia rushing untuk pulangkan van. kami check-in dengan beg yang beranak lebih dari lapan. selasai semua dan fly tepat jam 8.10malam ke LCCT Kuala Lumpur. dalam jam 10.30 kami sudah sampai ke Kuala Lumpur dan menunggu van yang ditempah untuk kami pulang ke Kuala Lipis daerah bagusss. terpaksa pulang pada malam itu juga bagi mengelakkan bayaran 1jam=rm3 jika ponteng kelas. isnin pula jadual boleh full.. tak dapek den nak nolong do..

p/s: entry paling panjang dan samok pernah aku buat.. menelan masa sebanyak 2 minggu untuk di publishkan. to mr.k aku salute kau habis boleh buat entry panjang gaban.

No comments: