empunya blog

My photo
johor bahru, johor
aku..saya..itu la aku..itu la saya

Wednesday, July 6, 2011

kerisauan

macam mana nak mula ea..? hurm.. bertubi-tubi dalam kepala otak aku sekarang ni. macam-macam. kejap tadi mama call, diorang kat sana baru sahaja pindah masuk rumah sewa dekat Lunas nuh. semua dah selamat so? apa yang nak dirisaukan sangat? banyak dan jauh lagi perjalanan. pindahh ke utara ni seperti hidup baharu nak bermula. bermula dari bawah semula. 




YA ALLAH, permudahkan segala urusanku, keluargaku, dan para sahabat-sahabatku, YA ALLAH ..
...amin..amin..amin...

mungkin inilah yang dinamakan proses dewasa, jika dahulu zaman remaja kita hanya fikirkan masalah sendiri sahaja, atau kata lain hanya pentingkan diri sahaja. JANGAN NAFIKAN! tetapi bila peringkat umur dewasa sudah mula menjengah.. kita mula kusut-kusut memikirkan orang lain. memikirkan soal keluarga, apa akan jadi pada mereka?.., apa yang aku boleh bantu ringankan mereka?.. macam-macam lagilah. ya, usaha dan tawakal sahajalah selagi termampu. 

aku risau tentang banyak perkara. soal duit biasanya menjadi faktor terbesar. siapa kata duit tak boleh membeli kebahagiaan? bodoh benar orang itu! sebab duitlah boleh buat keluarga bahagia tahu?! dengan duit aku boleh settlekan segala hutang keluarga aku, dengan duit aku boleh beli rumah untuk keselesaan mak aku supaya dia tidak memetir pungpangpungpang lagi, dengan duit aku boleh bawa satu keluarga aku pergi umrah seperti yang mak aku idamkan, dengan duit aku boleh kasi kakak aku suruh dia pergi kawen, dengan duit yang bertimbun-timbun juga aku boleh suruh mak aku duduk mengangkang kat rumah je tak payah susah-susah keje lagi, dengan duit setinggi gunung boleh melegakan ayah aku supaya beliau aman kerana aku tidak aku mengemis duitnya lagi.  see.. semua pasal duit.


YA ALLAH, permudahkan segala urusanku, keluargaku, dan para sahabat-sahabatku, YA ALLAH ..
...amin..amin..amin...

aku harap masa cepat berjalan, aku cepat habiskan degree ni, at meanwhile, cuba sebaik mungkin, cedok ilmu selagi termampu, berdoa agar mendapat jodoh yang baik untuk aku, and then mulakan hidup dengan pekerjaan dan mula menyara keluarga. tiap-tiap bulan ada income. lepas tu kusut fikirkan keluarga sendiri pula.. well dah nama hidup.. setiap hari bagi aku adalah permulaan. mendidik supaya kuat dan sentiasa tabah! haiyakkk!!


No comments: