lihat wanita yang bershawl seperti yuna tu. itu lah dia wanita yang memberanakkan aku kemuka bumi yang dina ini. hari lahirnya juga semakin hampir 14 julai, sebentar sahaja lagi. huuh! dia sudah mahu mencecah umur 50an. tahun ini dia bakal menjengah umur 47. gagah lagi bekerja kesana-kemari. mencari rezeki yang tak pernah cukup. dia, dia.. lah yang dipanggil cik ann walau nama sebenarnya tiada kaitan lansung pun dengan nama samaran itu. dia sangat tegar menghambuskan kata!
lihat pula perempuan yang berbaju putih itu. abaikan perlakuan bongok itu. dia pula perempuan yang aku panggil kakak. atau kak yong. lihat pula seluar yang aku pakai itu. itu adalah seluar dia. yang dia beli dengan harga yang sangat mahal bagi aku hanya untuk sehelai seluar. aku rasa semua pakaian aku dalam gambar ini adalah miliknya kecuali inner tudung tu. lihat jam kami! sama! inilah perempuan yang bernafas udara yang sama dengan aku sejak aku beranak. cuma kami berdua. bergaduh, bertekak, bertelagah,.. memang tak pernah lekang.
dua manusia yang aku pointkan di atas adalah darah daging aku. seorang mak dan seorang kakak. hidup kami hanya bertiga sebagai sebuah keluarga. KELUARGA? keciknye. haa tu belum termasuk mereka yang berangkat-angkat, dan yang memanggil mak aku dengan panggilan mama. termasuk si kawan baik nak mampos si sopyan.
kuasa cinta kata fiq. mereka buat hati aku tak betah. disakiti. tapi masih aku tak mampu nak menafikan. aku kadang sudah mahu mengangkat bendera putih dan mengundur sejuta langkah kebelakang. aku keras kepala. tapi aku mahu doa yang baik-baik seperti mereka yang lain juga. aku mahukan sokongan bukan makian. tolonglah.. jangan tambahkan perisa tawar lagi dalam hati aku. hati aku bukan sekeras kepala aku. hati aku tak ada kuasa sekeras berlian. hati aku cuma paras kaca. sudah namanya cinta, pasti juga merindu. sememangnya aku mahu bersama mereka. apabila memikirkan sakit yang bakal aku dapat. aku merenggus! ada baiknya aku berdiam diri di tempat sunyi ini.
sudahlah.. pada mereka yang membaca.. ini cuma sekadar luahan perasaan. blog ini juga dibuat atas dasar kepentingan peribadi. jangan slah faham dengan penulisan aku.. singgah dan blah. itu sahaja yang aku mahu.. eksen bukan..? itu lah aku..

No comments:
Post a Comment