aku dah tak boleh nak buat keja.. kepala pening-pening ubi makan meggi tadi petang.. itu la kekdahnya bila kepingan rm meruncing jumlahnya. keja yang diberi pensyarah menarik tapi memerlukan daya kreativiti tinggi dan keupayaan pemikiran kritis puitis mantis menggeletis. seminggu aku berbegas la vida bokeh la loca. inilah juga kekdahnya bila semester baru bermula yang pastinya semakin menambah bebanan pada otak yang sedia letih.
hoho.. teringat aku pada pertanyaan seorang rakan sekampus. masing-masing bakal mengalas tugas yang sama iaitu sebagai pendidik anak bangsa *lebat nau ayat* dengan kata mudahnya cikgu. entah bagaimana punca cerita pun aku tak ingat yang pasti perkara yang aku ingat bila perbualan tu sampai ke topik yang aku nak highlightkan disini. eh aku rasa tu bukan pertanyaan tapi lebih kepada pernyataan. kurang lebih isinya adalah seperti berikut..' kalau aku, aku tak nak sampai ke pencen pun duduk dekat sekolah jadi cikgu je..'
haha.. pernyataan diatas adalah sangat kontradiksi dengan aku. tanggapan aku pada masa sekarang, aku tak kisah pun jika ditakdirkan sampai ke pencen aku duduk dekat sekolah menggalas tittle sebagai cikgu. adakah dengan berfikiran seperti itu adalah menjadi seorang yang tidak bermotivasi dan bercita-cita?.. ah kamon la cita-cita?.. dari kecik macam-macam cita-cita aku dari polis sampai ke bomba.. dari enginneer sampai ke akauntan.. satu pun tak lekat. yang tak ada dalam senarai cita-cita tu lah yang aku terlekat sekarang. ramai dari kalangan kawan-kawan sekampus aku yang bercita-cita tak mahu end up duduk dalam pejabat atau bilik guru je sambil memandang aku sebagai orang yang pesimis.
aku rasa aku ada cara aku sendiri kot. sekarang yang tengah kejarkan ijazah ni pun dah sibuk mengalahkan menteri inikan kalau bercita-cita nak sambung belajar nak mendapat position tinggi-tinggi dekat badan kementerian. perkara yang aku harus ingatkan diri sendiri adalah aku perempuan. aku rasa cukup dengan pencapaian sebagai seorang guru dalam tangan ada ijazah. itu yang aku cita-citakan dari kecik. futher sampai ijazah. dah dapat nak tambah lagi cita-cita? kalau macam tu sampai kiamat pon tak habis. kenapa aku highlightkan jantina tadi, sebab aku juga insyaAllah akan menjadi ibu dan isteri kepada sebuah rumah tangga. mana aku nak campak tugas yang penting tu kalau aku sibuk kejarkan tugas demi menuju RM tu.
rezeki jangan ditolak tapi berpada-padalah jangan sampai kita jadi idola dimata orang tapi bukan pada mata darah daging sendiri. aku lagi senang jika masa aku banyak diperuntukan untuk keluarga berbanding masa yang ada sepanjang hayat menghadap segala kertas dan skrin komputer kerana mahu menggalas pangkat yang tinggi dan RM yang menimbun setiap bulan. wang boleh dicari.. tapi makin dicari makin tidak mencukupi. tapi sehebat mana pun wang kertas tu tak akan sehebat quality time bersama keluarga.

No comments:
Post a Comment