| surat dituju kepada si penangkap gambar |
'orang yang masih punya hati akan rasa bersalah untuk melakukan dosa'
aku tak tahu sejauh mana kepastian tentang sebaris ayat diatas
tapi itu yang aku rasa
ya ! rasa bersalah
atau lebih tepat rasa keliru
keliru dengan hati sendiri
ya! benar aku masih berperasaan
tapi aku mahu kepastian
terima kasih atas semua
kesediaan kau,
kesudian kau,
keperihatinan kau,
semua..
terhadap aku
sedarkah kau akan itu?
aku juga keliru apa yang sedang bermain dalam
lubuk hati kau
jika kau sendiri rasa tidak pasti atau bukan pada paras kemampuan kau
tolong, tolong berhenti
berhenti dari terus beri harapan
berhenti dari buat perkara yang biasa kau lakukan untuk aku
aku sebolehnya tidak mahu menjadi orang pertama yang menyuarakan ini
tolong tampil dengan satu ketetapan yang boleh buat aku rasa dalam keadaan selamat!

No comments:
Post a Comment