| jari tembam aku dah jadi macam lanun.. |
pagi tadi aku buat lagak ngeri dengan menghiris ibu jari aku.. hebat tak? tak semua orang mampu buat seperti yang aku buat ni. kejadian berlaku apabila aku berada dalam keadaan tertekan dengan tekanan kesuntukan masa pada ketika itu. biasalah adat perempuan jadi penukang*buat pedestle* inilah hadiahnya. aku terburu-buru nak kejar masa dengan jadual kelas huru-hara masa itu.
semasa kejadian berdarah tu lah aku nampak ramai yang mengambil berat soal aku. terutama dak jannah yang panik sampai hulur tali rapia nak ikat jari aku yang terobek ni. si senior abang daus sapu iodin sambil aku lari-lari.. haha.. dan sampai dalam kereta encik zamani membebel.
susah nak menyesuaikan diri dengan tangan aku yang mati sebelah ni. segala rutin seharian nak dilakukan mesti memikir altenatif lain. mandi pon kena fikir dua, tiga kali. how sad. itu baru satu jari je temporary disable, seluruh tangan jadi jem. lepas aku buka balutan nak letak gamat, jari aku aku jadi denyut darah keluar celah-celah tempat yang dijahit. non-stop. lepas balut semula baru rasa lega sedikit. tapi kena minimise kan pergerakan *tapi tangan ligat menaip*.
sakit! series sakit.. aku menangis yang betul-betul menangis kerana sakit cuma semasa menjalani rawatan dengan attendant kat sepital tuh, ada dia pergi robek luka aku lepas tuh dia main tonyoh-tonyoh je injek bius.mau pekak telinga dia satu hari aku pekik. bagi yang melihat aku melalak di halayak pada ketika itu, itu bukan kerana kemalangan itu tetapi menangis kerana terharu, tak aku sangka ramai yang mengambil berat tentang aku. tacing beb gua.
just bear with this pain.. aku menangis bila aku sakit nak mengadu, aku seperti dah tau apa jawapan yang bakal aku dapat. luka kecik je..
p/s: adik sakit. tadi jari adik terhiris dengan pisau kena 3 jarum jahit. aku nak hantar text ni tapi tak terhantar.. sebab aku tau tak da yang mahu mengambil tahu pun.

4 comments:
pengikut2ku mmg kuat! dun wori. sbb ko kuat la Tuhan uji ko cmtu :)
luka pon dah kering sekering hati aku.. ekeke..
aku tunggu sem depan punya mangsa pulak
betul tu wawamagic..! dan ko kena set dalam minda ko, "sikit je ni...sikit je ni..." .psychological treatment. :P
sikit jek..tak makan 10% dari badan aku pon
Post a Comment