you know that life isn't like we always wanted right..? aku rasa inilah faktor yang membuatkan manusia berubah.. ya berubah..! berubah mengikut fitrahnya. berubah mengikut haluannya. dan itu semua sudah ditetapkan cerita olehNYA.
*entry membalas entry kepada seorang kawan*
ok aku bukan berubah kerana mahu meninggalkan masa lalu.. tidak! tentu sekali tidak! masakan aku tegar nak melupakan kenangan lepas. tetapi aku melakukan perubahan kerana pergerakan masa menuju masa hadapan. aku tak pernah minta dan aku sendiri tidak boleh nak ramal masa hadapan. tapi syukur dengan rezeki yang aku dapat.
zaman sekolah itulah yang paling manis bagi aku,walau banyak benar yang paling manis antara yang termanis terselit juga benda-benda pahit *ptuihh*. tapi siapa aku untuk mengekalkan masa hanya pada zaman itu sahaja. masa tetap akan berlalu. syukur sahaja lagi kita masih diberi ruang untuk bernafas.
*jauh sangat ni pegi .. make a u-turn*
oi engkau dewi! tak hadenye istilah yang dinamakan lupa tuh! lupa tu frasa yang kejam bagi aku. aku tak akan pernah lupa semua yang kita dah gone through togeder- geder. semua tu banyak bagi pengalaman dan pengajaran untuk aku. the things is, aku membawa dan terbawa oleh haluan aku. aku diantara orang yang terawal meninggalkan tapak dalam geng kita masa tuh.
semua ini terjadi atas sebab kita semua masa tu mengejar hidup kampus. rezeki aku datang tanpa disangka. dalam hati yang sangat berat nak meninggalkan semua. aku sendiri ambil masa dua tahun untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru. dan ini semua banyak mematangkan aku menjadi manusia dewasa *i guess*.
dan dalam tempoh 3 tahun++ aku meninggalkan sekolah ni, aku tak tahu la betapa aku rindu amatnye dengan masa dulu tuh! everythings! walaupun pada usia mentah tapi aku dapat pengajaran paling bermakna. siapa kawan yang paling setia! dan pada masa itu tak ada yang tidak sepatutnya tidak digelarkan kawan.
tapi bila sudah berada ditempat asing ini, banyak juga yang sepatutnya tidak dijadikan kawan atau kata lain yang aku angkat sama darjatnya sahabat. kau bayangkan mulut aku yang maha kepoh nih boleh jadi diam untuk tempoh setahun.. aku rasa menderitanya aku masa tuh! disogok pulak dengan korang menghaplod gambar-gambar dalam pesbuk. tempel banyak-banyak aktiviti form6 korang tuh. disogok pulak si sopyan bako-bako aku dorang naik muntahak lagik! plus masa tu pulak aku dengan paan dah bergolak, semua atas faktor kejauhan.. aku DOWN gila kot mase tuh!!
masa tuh aku rasa lonely gilak! tapi memang hikmah la.. selama aku down tuh aku cari keluarga aku.. kau pun tahu cerita panjang lebarnya kan.. aku bina balik hubungan retak aku dengan family aku. bila dah jauh barulah kita at least boleh hargai hubungan semasa keluarga ni. tapi the one that never left me behind, is that guy sopyan! aku bukan buat perbandingan kau dengan dia.. korang berdua sama je kat hati aku. cuma mungkin dia lelaki, tidak terbatas pergerakan seperti kita perempuan comel, so dia lebih togeder-geder dengan aku. rapat keluarga kita semua pun macam kita sendiri rapat bersahabat. and the most sad things was..! gamba kita semua berjimba-jimba tuh semua dah hilang dalam simpanan aku.!!
dan sekarang kau sendiri pon dah ada haluan kau dan buah hati kau. aku pulak single mingle.*tolong carikan jodoh untuk aku.* kita semua cuma meninggalkan bukan bermaksud melupakan. aku rasa dah jatuh mustahil untuk kita semua berkumpul. sebab masing-masing dah hadoo haluan hidup. tapi kau memang bertuah gaban sebab ramai lagi budak sekolah dulu sekolej pulak dengan kau. aku? masa aku masuk sini nak cari orang sama seJB pon macam cari cacing dalam tanah tandus kau tau. memang tak hade yang boleh layan kepala aku until aku terjumpa seorang mahlok ghaib si cik siti. ada masa aku kenalkan kau dengan dia.
kalau kau rajin kau buat la gathering. dengarnya sop nak balik tahun depan. aku nak plan pon bizi gile kat sini. last time 2 bulan aku tak balik rumah.. so as we move on, aku rasa lagi jauh kita tinggalkan kenangan tu semua. sebab ada yang bakal menunggu kita di masa hadapan. mana nak tau nanti anak kau dengan anak aku return semua benda yang kita pernah buat. hihi..
rindu gilak dengan kau orang semua!! *if i could list one by one*


2 comments:
xsenonoh ....
xdenye aq nk bg anak aq wat bnda yg kite pna wat ... hahahahahhahaha ....
ok ape..
terbina sahsiah cemerlang
Post a Comment