eid define by me?... er.. er.. raya just must have ketupat, lemang, rendang, and what so ever stuff like that..semasa kecil-kecil dahulu yang penting raya mesti nak kumpul duit raya. bila sudah meningkat remaja pula, raya mesti nak ada kawan-kawan. bila sudah dewasa nope separa dewasa atau pra dewasa ini, raya adalah bersama keluarga. bagi aku raya yang paling meriah adalah semasa aku kecil-kecil dahulu. tak payah fikir soal baju raya, masakan, rumah, kuih-temuih, macam-macamlah tipikal berkenan hari raya ni.
raya tahun ini ada sedikit perbezaan bagi aku. ye la orang dah pegang sikit duitkan, aku mem'volunteer'kan diri menyapot family tahun ini. except baju bagai aku sapot makan je la.. tak larat aku nak sapot semua. penat beraya dalam kedaifan sebelum ini, jadi aku mengambil langkah penuh bersemangat waja gaya orang nak raya sangat-sangat la tuh. faktor utamanya, aku dah bosan mengelak dari kawan-kawan nak raya rumah aku. sebab tak ada apa-apa untuk dihidangkan. masak cuma untuk perut kami sekeluarga sahaja. kebiasaannya raya pertama, makan anak-beranak kemudian tutup pintu membuta. rutin raya kami. aku agak penat dengan keadaan ini. tahun ini mak aku ambil bazar lagi. memang penat gaban. tapi dorang syok la aku je kureng nak minat nege-nege ni. oleh kerana, sebuk bernege sampai ke hari ahad aku pulak target raya hari rabu. konon nak buat kuih bagai.. sudahnya 4 jenis je baru siap 2 lagi status projek tergendala. tak tahu la bila pula aku nak settlekan tu. kakak aku penyumbang duit raya kepada budak-budak yang datang raya. beliau juga bukan main eksitet bikin apam bagai. ok la tu merasa juga aku beraya seperti mana mahluk Allah yang lain beraya.
dalam masa yang 1 hari itulah aku buat persiapan raya semua dari shoping sampai la ke masak-memasak. bersilat-silat aku kat dapur tuh. tidur pun dah umpama macam projek nak summit esok. 1silly thing, sepanjang hari raya permata ini, aku sekeluarga cuma berpakaian tidur dan pakaian seperti orang yang mahu pergi ke kebun. tujuan aku beli baju raya pun bukan atas faktor terkuat nak menayang kat orang di pagi raya bahawa aku memiliki sepasang baju raya yang letop! mahupun berlawan dengan sahabat handai dan kenalan aku paling banyak menyauk baju raya. baju raya aku cuma untuk dikekahkan untuk ke kuliah sahaja. tambah semester hadapan aku bakal menjalani sesi praktikum. bukan seperti sesetengah manusia yang baju rayanya setahun beratus pasang. aku cuma dibekalkan baju raya sepasang sahaja setahun itu pun kadang ada kadang tidak. ditambah lagi pula dengan saiz badan yang semakin memontel saban tahun, jadi koleksi baju kurung aku itu amatlah terhad. tahun kebelakangan ini sahaja aku perbanyakkan sedikit baju raya. waktu raya sahajalah masanya untuk menambah koleksi baju kurung.
baik tutup fasal material dan fizikal hari raya pergi pula bab rohani dan mentalis raya. bagi aku raya adalah waktu untuk kita memperbaharui kasih sayang. kerana raya kita bermohon maaf merendahkan ego. senang juga hati melapang memaafkan juga. dengan adanya hari raya setiap tahun juga kita saling ingat mengingati. berbalas kunjungan walau jiran sebelah itulah masanya untuk kita pergi kerumahnya dengan alasan yang kukuh. aku sentiasa mengikatkan diri juga. kita yang mudalah pergi kepada yang tua. bukan mengharapkan yang tua menghadap kita.
syukur seribu kali syukur atas rezeki mu YA RABBI.. syukur aku bakal menjadi seorang guru pada masa akan datang. punya banyak masa untuk keluarga.bersama mereka menyediakan persiapan. walau mereka tidak punya masa atas komitmen masing-masing, tetapi aku tetap ada disitu. they can count on me at least. syukur aku masih dapat merasa hari raya walau banyak mengabaikan syafaat ramadhan mengejar urusan dunia. andai boleh aku membeli masa. seperti biasa hidup sarat dengan pengajaran, banyak yang aku kutip serdak-serdak pengalaman yang mendatangkan pelbagai perkara yang mengubah aku juga. harapan pastinya kepada yang lebih baik.. amin.. belajar untuk lebih bersyukur dengan keselesaan hidup yang aku dapat sekarang ini. tak semua orang dapat seperti yang aku dapat. ALHAMDULILLAH.. hurm lagi satu hal aku sedang melatih hati untuk sentiasa menyebut 5 suku kata mudah penuh berazimat ini.
masa cuma sementara dan tetap akan berlalu, sampai ke titik dan komanya maka aku juga perlu mengikut rentaknya. menyambung kelansungan hidup dan membawa secetek pengajaran lepas. apa yang perlu diubah maka perlulah aku ubah agar tidak lagi dalam kelompok yang menghalalkan apa yang diharamkan. sadar akan itu! usaha mendekatkan diri kepada PENCIPTA.
dan kepada yang menjadi kesayangan aku, aku akan sedaya upaya membuat kalian sentiasa berada pada posisi kesayangan aku itu. aku cuba untuk tidak membiakkan rasa benci dalam hati. 2 orang perempuan yang sentiasa mencelarukan perasaan aku. 2 lelaki yang aku ingin sekali berbicara bersama mereka, yang pernah aku meluahkan rasa benci aku kerana ketersayangan aku. tetapi bukan untuk meluah kata maaf. tetapi lebih kepada mendapatkan uraian kekusutan aku. ya maaf! susah benar nak mengaku. mungkin pada saat ini aku mempunyai rasa seperti ini. tetapi bila sudah terkeluar perkara-perkara yang mendatangkan kebencian itu, lain pula yang bakal merubah fikiran dan hati aku. mohon aku supaya ditetapkan hati aku... amin..

No comments:
Post a Comment