empunya blog

My photo
johor bahru, johor
aku..saya..itu la aku..itu la saya

Saturday, July 9, 2011

cegu vs cegu kah?

hehe.. tittle macam gempak na la kan.. cuma mahu membuat ulasan tentang keterbacaan aku tentang isu ini.. ececeh.. cam bodoh je.. haa ni kak temah nak cite ni haa. isunye, kalau kita berpasangan sama-sama profesyen dengan kita akan jadi bohsankah? ok mari kita highlightkan pada diri sendiri. bakal guru yahh.

mereka bukan berpasangan. sila jangan salah sangka..
*mati aku kak iza tau aku masukkan gambar dia 


ada yang bilang kalau sama-sama guru itu bakal akan jadi bohsan sahaja. benarkah? no.no.no.no.. well, berdasarkan pengamatan disekeliling aku, mereka yang bersamaan profesyen ini lebih understanding kot. one knows other work very well. that is the way it work. so kalau borak pun kau tau ape content aku, aku tau apa content kau. tak adalah nak termangu-mangu tak faham aras bahasa yang berlain profesyen. mungkin kalau dah sama-sama guru dalam subjek yang sama wujud juga la buhsan itu. tak ada cite lainkah?.. perkara yang berlaku di sekeliling kita kan dinamik.

in my opinion la kan, keserasian itu pun bergantung pada pekerjaan pasangan tersebut juga. kalau aku cegu seni kau cegu bm, so wujud juga perbezaan disitu. tak adalah ciri kebosanan sangat pun. anyway minor aku pun bm ape. so we can talk about same thing to and share a lots of things to such as RPH, BBM and wutsoever. nak kasi contoh bidang lain aku tak geti la plak. so rujuk diri sendiri je la.

being a teacher ni seronok sebenarnya. especially aku, cegu psv. seni yang tidak terkongkong dengan peraturan seperti bahasa yang mesti mengikut undang-undang. kalau salah mandatori salah.. tak ada belas kasihan. berlainan dengan seni. semua yang kita lakukan adalah seni cuma berbeza dari aspek nilai.

kanak-kanak dan kartun. tak boleh dipisahkan. anyway pensil warna cikgu pun sama brand dengan kamu.


berbalik kepada topik asal. aku ada menanya seorang rakan di pesbuk dan tercetusnya idea nak mengarang cerita karut ni. kenapa dia beriya sangat nak kawen dengan seorang guru juga. mula-mula aku cuma target faktornya kerana tarikan gender/jantina je le. tapi bila difikir-fikirkan balik ada motif juga. ye la cuti sama-sama cuti ye dak. so boleh gi berjalan. melancong, melencong, mengulor, dll. pasangan yang sama profesyen ini bagi aku banyak kelebihan pada jangka masa panjang la kot.

tetapi bottom line, berbalik kepada individu itu juga. perkara tak akan jadi bosan kalau kita berkontra. kau kepoh aku pendiam*penipu aku kepoh. kau gila aku waras. aku senteng kau labuh. seperti tanggam la. kau direka begini dan aku direka begitu untuk dicantumkan menjadi sebuah benda yang lain. konsepnya lengkap-melengkapi. lagi seronok jika mempunyai minat yang sama. jika berbeza pun ok juga. mungkin kau akan ada minat baru kerana minat aku itu dan aku pula terminat dengan minat kau.. begitulah manusia.

and the best part, jika dihimpunkan pendapatan isi rumah.. walauweh! memang mewah kalau pilih untuk hidup bersederhana. yang penting aku nak pakai vios. ekeke. sederhana celah mananya tah. ekonomi keluarga pun rilek-rilek kacang je. tak adalah krisis ekonomi macam keluarga aku selalu hadapi. i've learnt alot form the past.

peace up! gaya guru senget sila jangan ikut.
kelak mengundang binasa.
name tag itu pun dipakai hanya ke sekolah sahaja

2 comments:

Unknown said...

ckgu seni dgn ckgu bm? kantoi ko ada scandal dgn bdk bm. wakakakakak~

atikah said...

astaga.. example le.. pahamkan betul-betul mbah wawa ni la..