memang kita tak akan pernah boleh untuk memuaskan hati semua orang
ada yang hanya memikirkan diri sahaja ditengah kekalutan badai ni
kenapa? kenapa..? mesti aku yang sekali lagi tersepit?
sakit tahu..!
memang juga tak akan pernah mereka mahu memandang aku
walaubagaimanapun tetap aku juga yang merintih seorang diri mencari terkuis-kuis teman yang tiada kaitan lansung dengan bala ini..
mengadu.. trimas kawan..! aku cuma mahu meringankan kepala sahaja.. kepada kawan yang jauh pula itu trimas kerana sudi menumbang keringat!
bukan bermaksud aku mahu mempersialkan rezeki tuhan.. apa yang aku maksud adalah mereka..mereka yang hanya mahu itu dan ini tanpa memikirkan aku yang.. entahlah..
" YA ALLAH.. aku tahu ini percaturan adilmu untuk aku.. dekatkan aku padamu YA ALLAH.. aku hambamu yang lemah.. tersungkur entah untuk keberapa kali.. cuma di dalam hati hanya memohon perlindunganmu YA ALLAH.. "
......................
aku tahu akan ada matahari selepas turunnya hujan.. tapi hujan itu rahmat.. nikmati dia.. dan tak semestinya juga matahari itu indah.. boleh juga mengundang bala.. tapi itu semua rezeki tuhan yang kita wajib syukuri.. kerana hingga saat ini masih lagi wujud udaranya untuk kita penuhkan ruang paru-paru.. YA ALLAH aku bersyukur atas nikmatmu..
ALHAMDULILLAH..

No comments:
Post a Comment