empunya blog

My photo
johor bahru, johor
aku..saya..itu la aku..itu la saya

Monday, April 25, 2011

a t i k a h



hohohihihuhu.. nama saya Atikah binti Mohd. Taib. umur saya 21 tahun. saya tinggal di Johor Bahru. tetapi sekarang saya seperti menetap di Kuala Lipis daerah baguss.. hoho lama sungguh rasanya tidak berceloteh di ruangan setinggan aku ni.. seperti yang dinyatakan diatas(nama).. 

i just wanna say that...

 I REALLY LOVE MY NAME!! 

hehe.. mampu? well, walaupun aku terima banyak nama panggilan atau samaran like --> tika, tikoh, at, ati, tik, ika(orang kampung kat grik je biasa panggil ini), eka(arwah atok use to call me this name), kembong, buntal, bulat, gemok, baby(nama samaran mase kecik-kecik i wonder why they not calling me by this name now??), baby babat, tika getah, tika mengkuang, b-pop, tiz zaqyah(*thanks encik bruno mars :) :) :) ), elyana, elyanto andwut soever.. banyak beno nama samaran aku.. 

but, dalam banyak-banyak nama samaran aku tuh.. yang paling tak boleh blah aku rasa bila saudara mara aku panggil aku ika  aku rasa nama panggilan yang satu ni adalah yang paling lembut dan sangatlah inverse dengan pemilik nama ini.. instead of ika aku lagi prefer tika.. aduh mereka ini memang sengajakah panggil segitu untuk melihat aku menjadi sopan santun, lemah lembut?? hoho.. kirim salam selamat hari raya la jawabnya untuk aku bertukar kepada karektor sebegitu.. keh keh keh keh..

menerusi perbualan mama dan aku di suatu petang yang hening.. pada asalnya, mama nak bubuh nama aku dengan ejaan begini 

--> NOORATIQAH BINTI MOHD. TAIB. 

tapi entah macam mana ayah boleh daftarkan nama aku 

ATIKAH BINTI MOHD. TAIB..

 tidak mengapa.. nasib badan.. 

noor itu berasal dari nama mama NOORAHUN BINTI BUJANG 

and spelling yang asalnya adalah 

atiQah bukan atiKah.. 

menurut mama lagi, nama yang asal atau mula-mula itu diberikan oleh arwah atuk Bujang.. hoho.. kerana pada masa mama tunggu hari sehingga seberanaknya aku, atuk Bujang yang jaga mama even masa mama pantang pun.. ayah ada job kat indonesia..asko biasalah..

hoho! rindu sudah sama atuk bujang yang suruh aku makan ubat darah tinggi dia bila aku mintak candy kat dia.. hahahahha.. atok.. ika(??)  rindu atok la.. main geletek-geletek.. huhu..

p/s: mood sekarang sedang celaru emosi apabila mama berkeras nak balik raya di Grik tahun ini.. arghhh! tak moh! tak moh!! 




No comments: