jadi hari minggu adalah hari yang paling asyik sekali. kerana apa kerana bebas dari segala job-job maktab. minggu ini aku dengan 3 lagi mahlok iaitu anis, seri serta qotoron rancang nak lepas tension dekat k-zone. karok sampai lebam. dengan penuh bersemangat kitorang bangun pagi(*konon nak awal la pukul 10 jugak bangun) siap-siap and then berdesup pergi ke tempat yang di tuju-tuju. hurmm. dengan muka hampa karen plak takde. hampa sehampa-hampa mungkin. plan dah baik dah.. sudahnye aku suggest mari kita berkubang!! destinasi-->opcos la LATA JARUM yeahhhhh!! mari bergerak. jam 1.25p.m. gerak dari lipis.. sampai hoaaa air! air! terjon teros..
mandi punya manda syok sangat berkubang selam menyelam menghayati kesejukan dan kedinginan air tu aku tak perasan depan aku tu arus deras nak mampos! apa lagi seperti aksi skater aku meluncur tak sempat cari tapak nak menapak seri hulur tangan pun tak sempat nak sambut. aku pun hanyut dan berpusing-pusing 360 darjah dibawa arus deras. memang badan aku layan je kena sebat dengan batu-batu sungai tajam-tajam kat situ. nasib baik la ada batang kayu yang merentang arus tu, aku tersangkut kat kayu tu sambil terkapai-kapai. anis datang selamatkan aku dia sempat grab tangan, tarik aku naik kaki aku pulak krem tak daya nak tolak badan aku naik. maka tersepit la aku buat kali kedua dekat celah batu sekali lagi mintak nyawa tak boleh bernafas dah la tersepit arus pulak hentam baik punya. anis tarik jugak naik. huh.. hasilnya kaki lebam badan berbirat-birat. elakkan patah riuk je tulang temulang aku. kalau la tak ada kayu kat situ memang dah arwah dah aku rasa. tak sampat aku nak capai apa-apa bapak deras air.
| memang agak puaka la tempat ni untuk aku.. nampak indah sekali hanyut hambek ko.. |
| tenang dan indah pada pandangan mata.. cuba la layan jeram-jeram ni tanpa sebarang alat keselamatan.. masyukkk.. |
| hee.. muka sakit berhenti kedarah kat benta otw balik |

No comments:
Post a Comment