RULE :
once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag you, its because i want to know more about you.
1. seorang budak gumuk yang over weight. BMI aku dah nak ke obesiti. haiyo!
2. baru pecahkan mankok yang sudah berkurun dekat rumah semalam. hee. terlepas pulak. berderai jatuh ke lantai.
3. clumsy. walaupun menzahirkan keadaan atau mimik muka yang 'cool/cold'
4. merasakan hipokrit itu perlu.
5. tidak suka masak.
6. sudah terbiasa kemas rumah/bilik sebelum keluar.
7. ketawa sampai barai adalah terapi yang paling baik.
8. mempunyai tebiat lahabau punye buruk. malas mandi apabila berada di rumah. *doesn't mean aku busuk ea. sebab tak berpeluh. but at the end mandi la jugak bila terasa ketiak aku dah naik bau.
9. sangat obses kepada makanan. bila bosan benda pertama yang menjengah dalam kepala otak adalah MAKAN!.
10. sayang sangat kucing. tapi selalu di tugaskan untuk menjadi si pembuang kucing.
11. merasakan tidak perlu untuk menjadi cantik dalam persepsi orang lain. cukup menjadi cantik dalam erti sendiri.
12. do like jejaka/lelaki jambu or also known as petty boy. hahaha. kinda sweet.
13. barisan objek kesayangan aku :- suzy(canon 1000d). lappy(compaq presario CQ-40). cecile( kancil ez850)*kereta ini bergear otomatik, walaupun lesen p sudah dekat setahun tamat tapi aku masih terkial-kial bawak kereta bergear manual. bebi (sony e k810i) dan banyak lagi. ni top ranking paling sayang.
14. mempunyai peneman tidur sejak dari kecil. nama beliau cik bantal busuk. fuh sumpah tak boleh lena kalau tak de! peneman sejak dari umur aku dua bulan.
15. baru angkat sonicgear . quite cool. lagu-lagu shinee sentiasa berkumandang.
16. mempunyai tabiat membayar bil berokben dua bulan sekali. dah kena potong baru gi bayo
17. cenderung menggunakan produk/barang-barang bayi. contohnya bedak dan minyak yu yee cap limau.
18. anti ubat. antibiotik yang beso-beso tu tak pernah dihabiskan pun. akan cari paracetamol apabila merasakan sakit yang di ambang kematian sahaja. tetapi suka jilat ubat batuk. terutama ubat batuk cap ibu dan anak. sedap. finger likin gud-gud.
19. akan bersin jika terbau minyak wangi yang lampau baunye. and then pening yang membawa kepada migrain. alergik!
20. kadang-kadang kalau tak kena masa, siang ikan akan menyebabkan tumbuh peta-peta di seluruh tubuh badan atau nama ringkasnya gegata.
21. makan kena ada kicap.
22. nak kawen cepat. jika shodoh suda sampai.
23. selalu dipaksa mencari uban oleh mama. and FYI ini adalah aktiviti paling membosankan tahap gaban paling bawah sekali yang pernah dilakukan seumur hidup.
24. pernah bercinta tetapi dikewecakan. hahahaha. *perlu meyh tulis ni? da tak ade idea.
25. last but not least, sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan hidup dibumi allah sebagai hamba yang bernama atikah mohd. taib...
mintak mahhap.. hampir 3hari nak siapkan tag ni. aku malas nak tag2 orang la pit.


No comments:
Post a Comment