Mengikut ujian personaliti yang di buat oleh jabatan ilmu pendidikan,
aku adalah seorang yang...
1. agresif! suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan bukanlah merupakan tumpuan kerana yang paling penting ialah hajat dan matlamat tercapai.
mengkritik tu mungkin untuk tujuan pemanbahbaikkan. mintak mahhap kalau aku dah terjadi pembunuh motivasi. bukan taknak ambil tahu hati orang tapi bagi aku, tujuan aku mengkritik tu yang penting, tak payah la nak jadi gembeng sangat terasa hati dengan aku. memang madah la kalau asik nak jaga hati orang je kan.. sebab orang pon tak pernah nak fikirkan hati dan perasaan aku..so, first thing first.!
2. kurang atau tidak suka/berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. anda juga adalah individu yang praktikal. ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.
this is really perfect! aku adalah orang PRAKTIKAL. pada aku benda simple tak payah la nak rumit-rumitkan. bikin kusut! straight to the point senangkan? apa yang nak tersirat sangat pon aku tak tau.. sampai jadi berselirat.. rimas kan? and one more thing aku lebih sukakan sesuatu yang bersifat konkrit dari abstrak. yup semua berlaku bersebab.. sila nyatakan sebab itu. tak usah nak suntik dengan bermacam gaya.
3.sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
that's why aku lagi suka lead dari jadi orang bawah. aku paling tak suka dikongkong! sesak nafas aku kalau dikongkong terasa diri bagai lembu. tapi tak semestinya aku buat sesuatu ikot kata hati je. aku akan sedaya upaya letakkan rasional dalam segala macam keputusan. and anyway, favorite quotation aku dari kecik -peraturan dibuat untuk dilanggar- hahahahaha..tegeng!
4. individu yang suka berdikari. dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, selalunya tidak bergantung kepada orang lain.
selagi aku boleh buat sendiri. usahakan la sampai boleh. nekad. buat apa nak susahkan orang kalau boleh buat sendiri. kenapa mesti nak takut buat salah atau silap. normal la manusia. dari situ la kita belajar. kalau jatuh bangun la sendiri aku bukan anak raja ada bodyguard nak datang sambut.tapi aku tetap perlukan sokongan moral dari orang yang aku percaya and opcos semua yang aku sayang.
5. ciri-ciri ekstrovert yang sederhana
yup! kadang-kadang aku perlu masa bersendirian. untuk berfikir dan bertenang. baru dapat berfikir dengan waras. i need time for my self to. tapi aku juga akan mati kutu bila kerja sorang-sorang. terasa bagai dungu. dan aku seorang yang kepoh so i need friend untuk layan kekepohan aku tu. ada masa aku suka berseorangan ada masa aku lebih suka berjemaah. hehe. suka juga bersosial bila kena pada masa.(sedang belajar untuk bersosial dengan masyarakat setempat berbanding bersosial dengan range umur yang dekat-dekat)
6. tahap intelektualnya berada pada tahap sederhana juga.
ini diakui. aku sangat suka bermain dengan nombor tetapi benci untuk bermain dengan fakta. rigit sangat. menyampah! tak boleh salah sikit salah terus jadinya. tapi akaun juga perlukan tahap ketelitian tahap beruk makyeh.. sangat rigit juga. salah dekat satu part je berlarutanla salah tu sampai ke hujung. tapi itu aku anggap sebagai cabaran yang sangat seronok untuk disahut. teori? urghh sangat bosan oke!! cukup la dua sem ni kelas teori sahaja. rasa nak terbalik dah dunia aku. lagi rela letih badan angkat simen buat arca dari letih otak dan rahang aku dok menguap dalam kelas.
7. ciri introvert pada tahap yang sederhana
pada kebanyakan masa aku memang mulut macam makan bontot ayam terlebih-lebih. memang aku sangat suka bercakap. masa kecik-kecik dulu pon asal mak aku ambil report card, benda pertama yang dikomplen cikgu. atikah ni TALKACTIVE. yup memang sampai sekarang pon. tapi rasanya kurang dah sikit. sejak masuk maktab ni aku telah mengenali erti untuk duduk diam kejap. hehe. dalam masa nak menyesuaikan diri dengan tempat baru tu aku jadi pendiam aku rasa. jadi pendiam banyak mengajar aku untuk bertenang sebentar, bersabar dan dapat berfikir dengan waras. kalau dulu aku naik baran pung pang pung pang aku membebel. tapi sekarang aku lagi suka diam. maki hamun pon dalam hati je la. tapi kalau part orang nak pijak kepala aku tu, ohh man aku memang tak boleh duduk diam.(*but actually membebel is still my favorite)
8. bersederhana dalam ciri kepelbagaian
aku jenis orang yang tak kesah sangat. ikot je asal boleh layan. tak de la nak cerewet sangat. tapi cerewet part kebersihan yang melibatkan pengurusan diri dan rumah tangga. pada aku bersepah boleh kemas. kotor juga boleh dibasuh. tapi biar la terurus. jangan la selesa sangat jadi pengor. and aku alergik sikit dengan orang yang tak tau manner ni. berkahak bila orang tengah makan. memang kurang ajo sungguh manusia macam tu kan.(*macam jiran belakang rumah aku tuh berkahak 24 jam tak radang ke tekak dia.) suka juga suka pengalaman-pengalaman baru yang praktikal yang seronok. contohnya something yang adventure, masak ke,dan segala jenis aktiviti yang melibatkan ketahanan fizikal.
9. individu yang menpunyai daya ketahanan dari segi fizikal, mental, dan emosi. anda akan menghabiskan semua tugasan yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
yup! aku tak suka buat keje separuh jalan. alang-alang dah menyeluk pekasam bio le sampai ke pangkal lengan. dan aku sangat bermotivasi untuk meneruskan kerja kalau ada orang memperlekehkan kerja aku! contohnye masa buat arca sem 3 dulu, lahabau kat maktab dok kata kitorang budak-budak seni ni buat berhala. as for me gi mampos same ko! ko ke yang kasi aku markah?ko ke yang labor duit nak beli semua barang projek aku? tak kan? mulot ko memang lahar mintak aku gahar. lagi aku nak siapkan cepat-cepat arca aku. dan aku juga jenis orang yang tak makan saman. kepala jenis kontrit gred paling atas. as long as aku rasa apa yang aku buat tu betul. gi mati la orang nak cakap ape pon. cakap mak aku pon aku lawan. derhaka punya anak. ye la orang tua ni taunye nak marah je bukan nak selami apa yang aku rasa. dia je betul. aku pon betul jugak pe. hehe. and aku sangat apreciate kalau orang letak kepercayaan kat aku. aku akan cuba untuk tidak betray mereka. aku rasa satu kepuasan maksimum kalau dapat selesaikan satu-satu job tu. macam tanggungjawab yang aku galas sebagai seorang bakal guru yang tak pernah terlintas pon dalam otak aku dari kecik. mula-mula rasa down refuse tak mahu terima keadaan. tapi aku cuba buka hati seluas-luasnya. kalau terus-terusan macam tu kan menyiksa diri sendiri. dan akan menyusahkan orang juga. try to be more positive la beb! jangan asyik nak menyalahkan takdir je. tak kemana hidup ko. aku percaya setiap yang datang untuk aku itulah yang terbaik buat diri aku. DIA maha mengehaui. aku ada kaki, aku ada tangan. aku boleh lead hidup aku sendiri. jatuh, luka perkara biasa.
10. mempunyai nilai kritik diri yang stabil emosi dan psikologinya.
aku tak suka merendah diri sangat. pada aku kalau terlalu rendah diri ni memusnahkan motivasi sikit. kalau aku rasa aku mampu buat dengan baik so aku akan akui benda tu. tak de la nak terkesel-kesel cakap tak boleh la. tapi bukan bermaksud meninggi diri. still perlukan penambahbaikan. aku tak suka jadi paranoid. takut untuk buat silap. just go for it. terhantuk ngadah la sendiri. kalau betul aku bersalah aku akan admit. dan aku akan sedaya-upaya bertanggungjawab atas kesalahan aku.
11. induvidu yang suka mengawal dan memimpin orang lain.anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepimpinan.
see? setiap yang datang itulah yang terbaik untuk aku. profesyen guru itu memang yang terbaik untuk aku sebenarnya.aku terpaksa kuburkan je minat aku dekat accounting. aku je yang butakan mata tak mau lihat dengan mata hati. dari kecik aku memang tak suka jadi orang bawah. tapi bukan bermaksud mahu sentiasa berada diatas. ada masa kita terpaksa mengalah dengan keadaan. aku tak suka menjadi lembu yang dicucuk hidungnya. ikut je kata tuan. tuan soh tido ye tido. tuan soh makan ye makan. annoying! tapi juga tak bermaksud aku letakkan ego tu sebagai priority.
12. mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.
aku suka untuk menolong orang yang dalam kesusahan. aku akan rasa sangat teruk kalau aku tak menolong orang yang perlukan bantuan dari aku. ... tapi buat apa aku tolong orang yang nak lepaskan tangungjawab dia. contohnya, aku tengok bersamamu tu. laki dia disable kata tak boleh kerja cari duti kasi anak makan. tapi ada baby 2 bulan. bertenaga pulak ko ye? orang macam tu ke kita nak tolong? bukan dia ke yang harus tolong diri sendiri? tapi sangat kesian kat anak-anak dia jadi mangsa keadaan. itu yang harus ditolong. aku akan berusaha menolong orang yang sedang berusaha juga. banyak aku jumpa manusia jenis yang meminta pertolongan dari aku dan dia lepas tangan macam tu je. upss sorry buat la sendiri. aku tunjuk jalan je boleh la.
13. individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, di fahami dan mendapat simpati.
setiap orang akan merasakan perkara sama. opcos! aku pun sama. tapi keinginan tu memang tinggi dalam hidup aku sebagai manusia bernama atikah. sejak dari kecik pun, aku cuma ada mama, tak pernah aku rasa kasih sayang seorang bapa walaupun dia ada depan mata aku. mungkin atas faktor itulah aku sangat ingin dikasihi. susah untuk orang lain faham aku. jarang aku jumpa manusia yang boleh terima aku seadanya diri aku. .... aku perlukan teman untuk berbicara untuk meluah perasaan. aku tak mampu untuk tanggung emosi aku seorang diri.
14. individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terpeinci. lebih gemar kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
yes! aku lebih selesa bekerja dengan sesuatu yang berorganisasi. kemas. tidak berselirat. ada prosedur . walaupun banyak birokrasi. melalui prosedur inilah kita akan belajar untuk menghormati orang lain. (tapi kalau organisasi maktab. OUT!). walaupun bohsan dengan perkara yang klise, tapi aku suka berada dalam keadaan itu. macam hari-hari kita akan ke kelas, pukul sepuluh makan. and then tengah hari balik. semua tu akan jadi bohsan kalau kita tidak cuba warnakan. jadi mulakan hari anda dengan senyuman.(takde motif)
15. individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang status dan kuasa dalam kerjayanya.
kerjaya sebagai guru itu pun da cukup baik buat aku. tak teringin pulak nak naik sebagai guru besar and what so ever. kawan-kawan yang lain sibuk nak sambung master la, nak upgrade la. hurmm.. aku rasa seperti dah cukup bahagia dengan pencapaian aku. in future, dalam tangan dah ada degree, keje sudah tentu ada. cukup perfect! nak ape lagi?..

No comments:
Post a Comment