| Encik Hairi Bin Yahya |
inilah bapak kami psv2.. tak pernah ada pensyarah yang nak layan kami sebaik beliau.. beliau betul-betul mengambil tugas bapa kepada kami semua di sini.. aku sendiri sangat terharu dengan layanan dan kasih encik hairi terhadap kami sekelas.. bermula hanya sebagai pensyarah Falsafah dan Pendidikan Malaysia semasa pismp semester 1.. hanya beliau yang sudi mendengar dan memberi nasihat yang membina.. segala keluh kesah kami beliau ambil kisah.. begitu banyak cabaran berada di bumi lipis ni.. tapi beliau inilah yang membangkitkan semangat aku untuk lawan segala perasaan tak baik itu..
sanggup jemput kami sekelas datang ke rumah beliau.. sewa homestay untuk meluang masa bersama.. yang paling buat hati aku sentap.. encik hairi letakkan kepercayaan beliau kepada diri aku.. ada ke pensyarah yang mahu amanahkan kereta dia dekat pelajarnye? tapi encik hairi siap hulurkan lagi kunci kereta beliau kat aku... bukan sekali dua.. tetapi setiap aku datang ke jerantut dan menginap disana, pasti kereta itu akan di amanahkan kepada aku.. sangat terharu.. asalkan ayah sendiri pun tak percaya aku bawa kereta dia.. dan encik hairi akan kerap call untuk pastikan keberadaan kami to make sure kami selamat.. risau beliau melebihi ayah aku sendiri.. hurmmm....
terima kasih encik hairi kerana bagi aku peluang untuk rasa kasih bapa itu.. walaupun panggilan encik itu menunjukkan tahap kehormatan dan mewujudkan jurang tapi, aku tak terasa seperti pensyarah dan pelajar.. lebih kepada anak dan bapa.. aku sangat menghormati encik hairi.. bapak ini tidak akan aku lupa! encik hairi dan keluarga menerima kami dengan sangat baik.. terasa ada keluarga pada jarak ini.. kemesraan mereka seperti ubat bagi aku rindu dekat tempat asal.. kalau sebut nak ke jerantut dalam hati seperti mahu balik ke rumah sendiri juga..

1 comment:
rindunya beliau.. hik3
Post a Comment